Program Komuniti JomAktif Tenis Ipoh – April 2021

IPOH 5 APRIL 2021, Program Komuniti JomAktif Tenis Ipoh telah berlangsung di Kelab Tenis Polo, Ipoh pada 4/4/2021 dari jam 3pm hingga 7pm. Program anjuran bersama JomAktif dan Kelab Tenis Polo ini telah disertai oleh seramai 16 orang pemain dalam lingkungan usia antara 22 hingga 60 tahun. Program ini dikelolakan oleh En. Sahi Wahab selaku Pengarah Pertandingan. Walaupun terhad dengan musim pandemik, aktiviti sukan tenis diteruskan juga dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Pertandingan ini dijalankan mengikut format “round robin” dan hanya acara bergu lelaki diadakan di mana setiap pasangan bergu telah bermain sebanyak tiga perlawanan diperingkat kumpulan. Johan kumpulan layak ke perlawanan akhir manakala Naib Johan peringkat kumpulan telah layak untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pasangan bergu Fakhrul Anuar dan Azfar Haruya telah menjadi johan keseluruhan setelah mengalahkan pasangan bergu Syazwan dan Noordin dalam perlawanan akhir yang menarik dengan mata 8/6. Pemenang tempat ketiga pula telah jatuh kepada pasangan Fazwil dan Zulkifli setelah mengalahkan pasangan bergu Dr Ahmad dan Azhani dengan mata 8/5.

Pertandingan Tenis Komuniti ini telah berakhir dengan majlis penyampaian hadiah oleh Naib Presiden Kelab Tenis Polo, En. Nurul Nuzairi kepada pemenang-pemenang.

Keputusan keseluruhan:

JOHAN: Fakhrul Anuar & Azfar Haruya
NAIB JOHAN: Syazwan & Noordin
TEMPAT KETIGA: Fazwil & Zulkifli
TEMPAT KEEMPAT: Dr Ahmad & Azhani

Kumpulan B

Laporan disediakan oleh:
Sahi Wahab
Urusetia Pertandingan Tenis Komuniti
Kelab Tenis Polo

Johan, pasangan bergu Fakhrul Anuar dan Azfar Haruya (kanan) bergambar bersama Naib Johan pasangan bergu Syazwan Idris dan Noordin (kiri) sebelum perlawanan berlangsung.
Tempat Ketiga, Fazwil dan Zulkifli (kanan) bergambar bersama pasangan tempat keempat Dr Ahmad dan Azhani (kiri) sebelum perlawanan bermula.
Azhani Husaif
Antara aksi Azfar Haruya
Noordin Zulkifli
Faisal Mokhtar dan Fakhrul Anuar
Dr Ahmad

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *