Johor Junior Mini Tennis Series 1/2021

Pertandingan Johor Junior Mini Tenis anjuran bersama Jom Aktif dan Persatuan Tenis Daerah Pontian telah diadakan pada 3 April 2021. Seramai 35 peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai pertandingan yang telah diadakan di Gelanggang Tenis Daerah Pontian, Johor. Pertandingan ini mendapat sokongan Persatuan Tenis Johor. Pemantaun SOP dilakukan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Lawn Tennis Association of Malaysia (LTAM).

Format pertandingan berkumpulan. Manakala peringkat separuh akhir dan akhir pula dipertandingkan secara kalah mati. Agihan kepada 3 kategori iaitu bawah 8 tahun, 10 tahun, dan 12 tahun lelaki dan perempuan. Pertandingan telah diadili oleh panel pengadil yang terdiri daripada En. Luqman Nul Hakeem bin Abdul Rahim dan dibantu oleh 5 orang pemain dewasa.

Kategori lelaki bawah 8 tahun:
Johan: Raam Pathy Shanmuggapathy
Naib Johan: Yuha Watanabe
Ke-3: Muhammad Izz Zhafran
Ke-4: Tan Hao Meng

Kategori perempuan bawah 8 tahun:
Johan: Loshirny A/P Jayasanger
Naib Johan: Wan Nur Qaseh Wan Nizam
Ke-3: Nur Khalesya Hana
Ke-4: Aisyah Tihani

Kategori lelaki bawah 10 tahun:
Johan: Muhammad Aqil Haddif Mohd Sufian
Naib johan: Muhammad Zhafran Mohd Zaki
Ke-3: Muhammad Hafiy Rayyan
Ke-4: Mukheesh a/l Jayasanger

Kategori perempuan bawah 10 tahun:
Johan: Nur Zhafirah
Naib Johan: Amni Khalesya
Ke-3: Aisy Hanani
Ke-4: Ruhil Essandra

Kategori lelaki bawah 12 tahun:
Johan: Muhammad Akid
Naib Johan: Kou Watanabe
Ke-3: Muhammad Aqil Haddif
Ke-4: Ahmad Thaqif Irfan

Kategori perempuan bawah 12 tahun:
Johan: Audrey Teng
Naib Johan: Amanda Teng
ke-3: Soo Rui Xin
Ke-4: Chee Jia Yi

Majlis penutup telah disempurnakan oleh En Teng Yee Fong, selaku Timbalan Presiden Persatuan Tenis Johor diiringi En Nurizam Bin Khalid, Setiausaha Persatuan Tenis Johor dan En Aman Bin Karyo selaku Presiden Tenis Daerah Pontian. Penganjuran series pertama ini dapat dijalankan dengan sistematik sehingga ke pertandingan akhir. Kejohanan ini akan diteruskan ke bulan hadapan untuk series ke dua.

Laporan disediakan oleh:
MOHD ZAKI BIN AZMAN
Urusetia Pertandingan Johor Junior Mini Tenis

Pemenang Lelaki U10
Pemenang perempuan U10

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *