Month: April 2021

Karnival JomAktif Tenis Remaja Kedah

JITRA 9 APRIL 2021, Program Karnival JomAktif Tenis Remaja Kedah telah berlangsung di Pusat Kecemerlangan Tenis Jitra bermula jam 3pm hingga 7pm. Program anjuran bersama JomAKtif dan ABRA Training Academy telah dihadiri oleh seramai 19 orang dalam lingkungan usia 6-15 tahun. Program ini dikelolakan oleh Dr. Rahizam Bin Abdul Rahim dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam dan P.M. Dr Rahela Binti Abdul Rahim dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Universiti Utara Malaysia. Program bermula dengan sesi memanaskan badan selama 10 minit.

Seterusnya Coach Dr. Rahizam mengadakan Klinik Tenis kepada pemain-pemain yang berusia 12-15 tahun. Para pemain diperkenalkan dengan Rahim Training Method iaitu teknik latihan tenis yang diasaskan oleh Dr. Rahizam sendiri.

Coach Dr. Rahela mengendalikan klinik latihan latih tubi tenis kepada kanak-kanak mini tenis seramai 10 orang.

Seterusnya pertandingan liga diadakan untuk kategori mini tenis (bawah 8 tahun) lelaki dan perempuan, kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan dan kategori bawah 15 tahun lelaki.. Pertandingan yang berformatkan ‘round-robin’ ini, telah berlangsung dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh LTAM dan KBS. Pertandingan ini telah memperlihatkan kemajuan pada pemain-pemain yang telah menyertai program JomAktif yang pertama kali diadakan. Pertandingan ini diadili dan dibantu oleh enam orang pegawai secara sukarela yang juga hadir sebagai peserta Klinik Tenis yang disampaikan oleh Coach Dr. Rahizam.

Seramai enam orang pengadil terlibat dalam mengadili dan menguruskan pertandingan liga tenis ini.

Pengadil-pengadil yang terlibat dalam mengendalikan pertandingan liga mini tenis.

Berikut adalah keputusan pertandingan liga tenis untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

SEPARUH AKHIR
● Muhammad Faiz Najmuddin Bin Faisal Rizal VS Hariz Mifzal Bin Mohd. Muslim
● Mohd. Zafran Bin Rajuli VS Muhammad Naufal Haziq

AKHIR
● Muhammad Faiz Najmuddin Bin Faisal Rizal VS Mohd. Zafran Bin Rajuli

JUARA
● Muhammad Faiz Najmuddin Bin Faisal Rizal

Keseluruhan peserta Karnival JomAktif Tenis Remaja Kedah bersama coach Dr. Rahizam dan coach Dr. Rahela.