JomAktif Jemputan Pemain Elit Negeri Perak 2021

IPOH 19 JANUARI 2021, telah berlangsung sebuah program JomAktif tenis, selama 3 hari dari 16-18 Januari baru-baru ini, dibawah kelolaan Pengurus Pasukan Tenis SUKMA Negeri Perak, selaku Pengarah Pertandingan, En. Fazwil bin Abdul Wahid.

Di musim pandemic ini, negeri Perak masih lagi dibawah PKPB dan ini tidak menjadi alasan untuk terus aktif. Dibawah pemantauan MSN negeri dan Persatuan Lawn Tenis Perak, pertandingan ini telah disertai oleh 12 pemain elit negeri yang terdiri daripada 6 pemain lelaki dan 6 pemain wanita. Mereka adalah, Mitsuki Leong, Yugan, Daniel Prickett, Mohd Hazim, Adam Aqil, dan Azfar Haruya. Manakala pemain wanita pula terdiri daripada, Hannah Yip, Shihomi Leong, Siti Eissya, Malika Asna, Yip Wanli, dan Nur Syafikah.

Pertandingan ini telah berlangsung di 2 venue, iaitu di gelanggang Arena Tenis Perak dan Kelab Tenis Polo, Ipoh. Pertandingan yang berformatkan ‘round-robin’ ini, telah berlangsung dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh LTAM dan KBS. Pertandingan selama 3 hari ini telah menyaksikan kualiti permainan yang tinggi, dan telah diadili oleh Pengadil Pertandingan, En. Mohamad Nasrul bin Saad.

Program ini juga berkesempatan untuk memberi persembahan bonus, acara bergu campuran diantara bergu Mitsuki/Hannah yip dan Daniel Prickett/Shihomi Leong dengan kemenangan berpihak kepada bergu Daniel Pricket/Shihomi, 7-6(7-5).

2021 Jemputan Pemain Elit Negeri Perak - Lelaki

PosTeamPWLWin %FA+/-Points
1550100.001001010
254180.008268
353260.006516
451420.0038-52
551420.0039-62
551420.0028-62

2021 Jemputan Pemain Elit Negeri Perak - Wanita

PosTeamPWLWin %FA+/-Points
1550100.001001010
254180.008268
353260.006426
451420.0028-62
451420.0028-62
451420.0028-62

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *