Month: March 2021

JomAktif Jemputan Pemain Elit Negeri Perak 2021

IPOH 19 JANUARI 2021, telah berlangsung sebuah program JomAktif tenis, selama 3 hari dari 16-18 Januari baru-baru ini, dibawah kelolaan Pengurus Pasukan Tenis SUKMA Negeri Perak, selaku Pengarah Pertandingan, En. Fazwil bin Abdul Wahid.

Di musim pandemic ini, negeri Perak masih lagi dibawah PKPB dan ini tidak menjadi alasan untuk terus aktif. Dibawah pemantauan MSN negeri dan Persatuan Lawn Tenis Perak, pertandingan ini telah disertai oleh 12 pemain elit negeri yang terdiri daripada 6 pemain lelaki dan 6 pemain wanita. Mereka adalah, Mitsuki Leong, Yugan, Daniel Prickett, Mohd Hazim, Adam Aqil, dan Azfar Haruya. Manakala pemain wanita pula terdiri daripada, Hannah Yip, Shihomi Leong, Siti Eissya, Malika Asna, Yip Wanli, dan Nur Syafikah.

Pertandingan ini telah berlangsung di 2 venue, iaitu di gelanggang Arena Tenis Perak dan Kelab Tenis Polo, Ipoh. Pertandingan yang berformatkan ‘round-robin’ ini, telah berlangsung dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh LTAM dan KBS. Pertandingan selama 3 hari ini telah menyaksikan kualiti permainan yang tinggi, dan telah diadili oleh Pengadil Pertandingan, En. Mohamad Nasrul bin Saad.

Program ini juga berkesempatan untuk memberi persembahan bonus, acara bergu campuran diantara bergu Mitsuki/Hannah yip dan Daniel Prickett/Shihomi Leong dengan kemenangan berpihak kepada bergu Daniel Pricket/Shihomi, 7-6(7-5).

2021 Jemputan Pemain Elit Negeri Perak - Lelaki

PosTeamPWLWin %FA+/-Points
1550100.001001010
254180.008268
353260.006516
451420.0038-52
551420.0039-62
551420.0028-62

2021 Jemputan Pemain Elit Negeri Perak - Wanita

PosTeamPWLWin %FA+/-Points
1550100.001001010
254180.008268
353260.006426
451420.0028-62
451420.0028-62
451420.0028-62

Liga Junior Tenis Ipoh, Perak

IPOH – Program komuniti JomAktif telah diadakan pada 21 Januari 202 di gelanggang tenis Padang Polo, Ipoh, PERAK. Program ini dikelolakan oleh Temasek Tennis Ipoh dan disokong oleh Perak Lawn Tennis. 14 peserta yang berumur di antara 4 hingga 15 tahun telah mengambil bahagian dalam program ini. Acara sukan komuniti tenis ini telah dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu GREEN Ball (8 pemain) dan RED Ball (6 pemain). Format yang dipertandingkan adalah “Round Robin”, iaitu setiap peserta berpeluang bermain sekurang kurangnya dua atau tiga perlawanan (matches). Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

Liga Junior Ipoh Group A (Greenball)

Liga Junior Ipoh Group B (Greenball)

PosTeamPWLWin %FPoints
1330100.0096
232166.6774
331233.3342
43030.0000

 

SEPARUH AKHIR
Santtosh Gunaselaraj Kavundar (2) VS Nurin Taj Alya (3)
Nurin Taj Aina Ahmad Razmi (3) VS Ahmad Ahyan Ukail Khan Ahmad Razmi (0)

AKHIR
Nurin Taj Alya Ahmad Razmi (3) VS Nurin Taj Aina Ahmad Razmi (1)

JUARA
Nurin Taj Alya Ahmad Razmi

Liga Junior Ipoh Group A (Redball)

PosTeamPWLWin %FPoints
1220100.00204
221150.00182
3Fazhan2020.0000

Liga Junior Ipoh Group B (Redball)

PosTeamPWLWin %FPoints
121150.00182
221150.00192
321150.00152

 

SEPARUH AKHIR
Sudarshan Vignesvaran (7) VS Larannya Shree Aratthi Vignesvaran (10)
Muhammad Raafiiuddin Mohd Rokani (10) VS Jeannashri Aaarti Vignesvaran (5)

AKHIR
Muhammad Raafiiuddin Mohd Rokani (15) VS Larannya Shree Aratthi Vignesvaran (12)

JUARA
Muhammad Raafiiuddin Mohd Rokani

Laporan disediakan oleh –
En Mohd Sahi Wahab
Temasek Tennis IPOH

Pemain sedang menerima makanan ringan yang disediakan oleh Temasek Tennis Ipoh.
Pemain dari kategori Green Ball, Santtosh semasa sesi memanaskan badan.
Pemain dalam kategori Green Ball, Ahyan semasa perlawanan Round Robin.
Pemain dari kategori Green Ball; Aina yang sedang melakukan pukulan servis.
Pemain dari kategori Green Ball; Raihah yang sedang beraksi semasa perlawanan Round Robin.
Pemain dari kategori Green Ball, Lenisha yang sedang beraksi semasa perlawanannya.
Dari kiri; Coach Sahi, ketua Jurulatih Temasek Tennis Ipoh bersama Naib Presiden Perak Lawn Tennis, Encik Fazwil.
Dari kiri; Muhammad Raafiiuddin Mohd Rokani (Johan), Larannya Shree Aratthi Vignesvaran (Naib Johan), Jeannashri Aaarti Vignesvaran (Pemain Separuh Akhir) & Sudarshan Vignesvaran (Pemain Separuh Akhir).
Coach Sahi bersama pemenang-pemenang bagi kategori Green Ball. Dari kiri belakang; Santtosh Gunaselaraj Kavundar (Pemain Separuh Akhir), Ahmad Ahyan Ukail Khan Ahmad Razmi (Pemain Separuh Akhir), Nurin Taj Aina Ahmad Razmi (Naib Johan) & Nurin Taj Alya Ahmad Razmi (Johan).

Liga Terbuka Tenis Jitra, Kedah

JITRA – Program komuniti JomAktif telah diadakan pada 21 Januari 2021
bertempat di gelanggang tenis Jitra, KEDAH. Program ini dikelolakan oleh Kelab Tenis Jitra. Seramai 10 orang pemain senior telah mengambil bahagian dalam program ini. Acara sukan komuniti tenis ini diadakan bagi kategori Bergu Lelaki Terbuka. Format yang dipertandingkan adalah “Round Robin”, iaitu setiap pasangan bergu bermain sekurang-kurangnya dua atau tiga perlawanan (matches). Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Laporan disediakan oleh:
Mohd Rufizal Abdul Rahim
Pengarah Kejohanan
Jitra Doubles Match-Play
JomAktif

Taklimat kepada pemain disampaikan oleh Encik Mohd Rufizal Abdul Rahim, Pengarah Kejohanan berkenaan sistem permainan dan format pertandingan yang akan dijalankan.
Mohamad Naim Mohdzir membalas servis lawan dengan pukulan yang padu.
Mohamad Syafiq Amlus bersama pasangan Muhammad Bahar Alias.
Ahmad Nashraf dan Mohd Fairus, memenangi tempat ke-tiga.
Mohamad Husni dan Mohamad Nadzim, yang memenangi tempat ke-empat.

Liga Junior Tenis Jitra, Kedah

JITRA – Program komuniti JomAktif telah diadakan pada 20 Januari 2021 di gelanggang tenis Jitra, KEDAH. Program ini dikelolakan oleh ABRA Tennis Academy, Jitra,Kedah. Seramai 10 peserta yang berumur di antara 4 hingga 8 tahun telah mengambil bahagian dalam program ini. Acara sukan komuniti tenis ini menggunakan kategori red ball sahaja dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Format yang dipertandingkan adalah “Round Robin”, iaitu setiap peserta berpeluang bermain sekurang-kurangnya dua atau tiga perlawanan (matches). Dua pemain terbaik akan bertemu di semifinal. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Liga Junior Jitra - Group A

Liga Junior Jitra - Group B

 

SEMI FINAL
Nur Afrina Aufa (8) vs Muhammad Nabil Fahmi (15)

FINAL
Siti Nur Insyirah (10)vs Muhammad Naufal Haziq (15)

WINNER
Muhammad Naufal Haziq

Laporan disediakan oleh:
Siti Zubaidah Issham
ABRA Tennis Ace

Juara: Muhammad Naufal Haziq bin Nasrul Helmei
Juara: Muhammad Naufal Haziq bin Nasrul Helmei
Naib Juara: Siti Nur Insyirah binti Mustafasanie
Naib Juara: Siti Nur Insyirah binti Mustafasanie
Tempat ketiga: Muhammad Nabil Fahmi
Tempat ketiga: Muhammad Nabil Fahmi
Tempat keempat: Nur Afrina Aufa binti Mohd Hafiz
Tempat keempat: Nur Afrina Aufa binti Mohd Hafiz
Coach Rahela
Coach Rahela
Coach Siti
Coach Siti
Mempraktikkan 'no-contact high-five'.
Mempraktikkan 'no-contact high-five'.
Sesi memanaskan badan dan regangan badanbersama Siti Umairah, wakil player Junior LTAM (Lawn Tennis Association of Malaysia)
Sesi memanaskan badan dan regangan badan bersama Siti Umairah, wakil player Junior LTAM (Lawn Tennis Association of Malaysia)